Besarnya Keagungan Allah Rabbul Jalil

RahmatNya Tidak Bertepi

Iktibar Kasih dan Cinta Khadijah r.anha di Bulan Maulidur Rasul

Sunday, February 6, 2011
Assalamualaykum warahmatullahi wabarakatuh



Rabiul Awwal datang lagi, bulan kelahiran kekasih Allah Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.Baginda amat menyayangi umat baginda, kita semua.Sehinggakan sewaktu hampir saat kewafatan baginda, masih lagi perkataan ummati ummati basah di lidah baginda s.a.w.


Kecekalan dan kejujuran baginda di waktu muda menjadi perangsang dan contoh bahawa seorang itu haruslah sentiasa jujur dan amanah dalam perniagaan agar usaha niaga itu mencatat keuntungan yang memberangsangkan.Begitu di saat pertama menerima wahyu, Rasulullah s.a.w. tetap juga tabah dan bersedia memikul tugas yang terlalu berat. Sewaktu seluruh manusia mendustakan baginda, isteri yang setia tetap meniup semangat dan membantu secara material dan spiritual. Ini mengingatkan kita agar sentiasa menjadi isteri yang terbaik.Walaupun tidak mungkin akan sesempurna Sayyidatina Khadijah r.anha, tapi kita boleh mencuba sehabis usaha kita..

InshaAllah.....

0 comments:

Post a Comment