Besarnya Keagungan Allah Rabbul Jalil

RahmatNya Tidak Bertepi

Apa Azam Tahun Baru Hijrah Kita?

Sunday, November 28, 2010
Assalamualaikum wrh...

Lebih kurang seminggu lagi, umat Islam seluruh dunia akan menyambut Tahun Baru Hijrah 1432 H..

Apa azam tahun baru Hijrah ini? InshaAllah, sama-sama kita perbaharui azam kita untuk tahun akan datang. Mungkin juga persepsi setengah kita terhadap Tahun Baru Hijrah tidak seghairah kita menyambut Tahun Baru Masehi.

Marilah kita menukar corak pemikiran kita dalam menyambut Tahun Baru ini..Bersama berniat untuk berhijrah dalam erti kata sebenar, menukar diri yang belum baik kepada yang lebih baik.Belajar daripada kesilapan lampau, sebagaimana hadith Nabi s.a.w. yang bermaksud, "Seorang mukmin itu tidak akan dipatuk oleh ular kali kedua dari lubang yang sama'. Aw kama qaala..

Hijrah melambangkan kepentingan umat Islam untuk terus berubah,seumpama hari ini lebih baik dari hari semalam dan hari esok  lebih baik dari hari ini..InshaAllah Ta├íla...

0 comments:

Post a Comment