Besarnya Keagungan Allah Rabbul Jalil

RahmatNya Tidak Bertepi

Erti Sebuah Pengorbanan

Tuesday, November 16, 2010
Berkorban itu mudah disebut, lancar di lidah, hakikatnya amat payah..

Mengapa pengorbanan yang ikhlas itu amat sukar? Kerana untuk berkorban itu memerlukan satu kesakitan yang pedih, bak kata pepatah Melayu; hanya jauhari yang mengenal manikam.

Memberi yang paling kita sayang, sungguh amat perit dilakukan. Itu adalah sifat sedekah yang terbaik sebagaimana firman Allah Rabbuna Al-JALEEL dalam Surah Ali Ímran, ayat 92 yang bermaksud "Kamu sekali-kali tidak akan sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai."

Sedekahkan barang yang kita paling sayang adalah tanda keikhlasan yang murni. Walaubagaimanapun, sekiranya kita belum upaya melaksanakannya, tidak salah kalau kita cuba jinak-jinakkan diri dengan sedekah dalam tarbiah untuk menyelami erti pengorbanan. Memberi sedekah bakal menerbitkan rasa tenang, tenteram, damai dalam sanubari kita. Cuba esok kita cari tabung-tabung masjid, kita sedekahkan wang kita setakat yang termampu. InshaAllah, segala kekusutan dan beban kita bakal terungkai.

Murninya Ya Rabb, cintaMu..manisnya Ya Rabb rinduMu, aku hambaMu yang kerdil begitu kepingin menatap wajahMu Yang Mulia,walau daku tidak layak untuk berada di hadapan pandanganMu..Hinanya diriku ini, tapi riak-riak kesombongan tetap kembang mekar dalam jiwa ini, tega memikul amanatMu dengan sambil lewa walau diri disimbah kemewahan dan kesenangan yang tidak kunjung padam..

Ya Rabb, hambaMu tersungkur sujud ke hadratMu, terimalah daku dan saudara-saudaraku seIslam sebagai pengabdiMu yang tulus sejati.Amin Ya Rabbal Álamin....

1 comments:

  1. Pengorbanan itu ama pedih dan sakit akan tetapi manis rasanya. Berapa ramai manusia yang terpaksa berkorban untuk mencapai sesuatu hajat yang di ingini.

    mungkin pengorbanan yang saya lakukan boleh dijadikan satu iktibar buat umat Islam untuk lebih menghayati Islam. Insyaallah buku saya HIJRAH IMAN satu anugerah agung dari tuhan dapat menjawabnya..

Post a Comment