Besarnya Keagungan Allah Rabbul Jalil

RahmatNya Tidak Bertepi

Apa Azam Tahun Baru Hijrah Kita?

Sunday, November 28, 2010
Assalamualaikum wrh...

Lebih kurang seminggu lagi, umat Islam seluruh dunia akan menyambut Tahun Baru Hijrah 1432 H..

Apa azam tahun baru Hijrah ini? InshaAllah, sama-sama kita perbaharui azam kita untuk tahun akan datang. Mungkin juga persepsi setengah kita terhadap Tahun Baru Hijrah tidak seghairah kita menyambut Tahun Baru Masehi.

Marilah kita menukar corak pemikiran kita dalam menyambut Tahun Baru ini..Bersama berniat untuk berhijrah dalam erti kata sebenar, menukar diri yang belum baik kepada yang lebih baik.Belajar daripada kesilapan lampau, sebagaimana hadith Nabi s.a.w. yang bermaksud, "Seorang mukmin itu tidak akan dipatuk oleh ular kali kedua dari lubang yang sama'. Aw kama qaala..

Hijrah melambangkan kepentingan umat Islam untuk terus berubah,seumpama hari ini lebih baik dari hari semalam dan hari esok  lebih baik dari hari ini..InshaAllah Taála...

Sakit itu rahmat

Monday, November 22, 2010
Salam Aidil Adha..

Assalamualaikum warahmatullah wbrkatuh


Apabila sakit terasa terlalu sesak nafas, terasa diri dizalimi, oh mengapa aku ya Tuhan?Rasa tidak adil, tidak percaya, dan tidak dapat terima kenyataan..

Namun, tiba-tiba timbul rasa ingin dekat denganNya, ingin merasai kasihNya, bagaimana jika aku dijemput Rabb tanpa ada bekalan yang cukup..

Emm terkadang, rasa tak sanggup juga tak tertanggung ujian ini..Tapi, ingatlah Allah tahu kita mampu, kita berkeupayaan untuk mengharungi mehnah ujian ini..Sesungguhnya Dia amat hampir dengan kita, lebih dekat daripada urat leher kita sendiri yang mampu kita capai dengan jejari kita..

Oh Allah..betapa manisnya ujian ini..Jangan Kau tinggalkan daku Ya Allah..

Ini adalah tanda sayang Allah kepadaku agar aku sentiasa mengingati mati, kerana sebagaimana sabda NabiMu...'mereka yang paling cerdik ialah mereka yang paling banyak mengingati mati..'

Ya Rabb, izinkan daku menjadi hambaMu, walaupun yang paling jauh dan kecil....

Erti Sebuah Pengorbanan

Tuesday, November 16, 2010
Berkorban itu mudah disebut, lancar di lidah, hakikatnya amat payah..

Mengapa pengorbanan yang ikhlas itu amat sukar? Kerana untuk berkorban itu memerlukan satu kesakitan yang pedih, bak kata pepatah Melayu; hanya jauhari yang mengenal manikam.

Memberi yang paling kita sayang, sungguh amat perit dilakukan. Itu adalah sifat sedekah yang terbaik sebagaimana firman Allah Rabbuna Al-JALEEL dalam Surah Ali Ímran, ayat 92 yang bermaksud "Kamu sekali-kali tidak akan sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai."

Sedekahkan barang yang kita paling sayang adalah tanda keikhlasan yang murni. Walaubagaimanapun, sekiranya kita belum upaya melaksanakannya, tidak salah kalau kita cuba jinak-jinakkan diri dengan sedekah dalam tarbiah untuk menyelami erti pengorbanan. Memberi sedekah bakal menerbitkan rasa tenang, tenteram, damai dalam sanubari kita. Cuba esok kita cari tabung-tabung masjid, kita sedekahkan wang kita setakat yang termampu. InshaAllah, segala kekusutan dan beban kita bakal terungkai.

Murninya Ya Rabb, cintaMu..manisnya Ya Rabb rinduMu, aku hambaMu yang kerdil begitu kepingin menatap wajahMu Yang Mulia,walau daku tidak layak untuk berada di hadapan pandanganMu..Hinanya diriku ini, tapi riak-riak kesombongan tetap kembang mekar dalam jiwa ini, tega memikul amanatMu dengan sambil lewa walau diri disimbah kemewahan dan kesenangan yang tidak kunjung padam..

Ya Rabb, hambaMu tersungkur sujud ke hadratMu, terimalah daku dan saudara-saudaraku seIslam sebagai pengabdiMu yang tulus sejati.Amin Ya Rabbal Álamin....

Maha Suci Allah, Maha Dekat Allah

Assalamualaikum wrh wbt, salam perkenalan saudara seIslam...

Berbicara mengenai Pemurah dan Rahim Allah itu, teringat ana ketika sahaja terlintas ingin melakukan kebaikan, berbondong-bondong pintu rahmat dan pintu rezekiNya dibuka.

Allah swt itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, itu baharu sahaja terpasang niat yang inshaAllah baik. Begitu sahaja, sudah dibukaNya pintu dan jalan-jalan kemudahan.

Allah Taala, Tuhan kita terlalu amat menyayangi hambaNya walau hambaNya itu melakukan kemungkaran tidak berpenghujung.....

Untuk renungan bersama di Hari Arafah yang mulia ini...